WB01542_2.gif (729 bytes) Depan
WB01541_1.gif (712 bytes) Sebelum
WB01539_.gif (682 bytes) AJK
Pendahu-
luan
Rasional
Isu-Isu
Objektif
Sasaran
Pelaksa-
naan
Carta Gantt
Unjuran Tahun 2000-2004
Penutup
PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2002

1.0     PENDAHULUAN

Menurut kajian yang telah dibuat, sebahagian pelajar-pelajar yang masuk ke sekolah ini adalah merupakan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai masalah, antaranya :-

  • Mendapat keputusan peperiksaan UPSR yang kurang memuaskan.

  • Mempunyai latar belakang dan taraf sosio ekonomi keluarga yang kurang baik.

  • Para pelajar tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya dari ibubapa.

  • Kurangnya hubungan dan kerjasama yang berterusan daripada ibubapa dengan pihak sekolah.

Sehubungan itu usaha perlulah di cari agar segala kelemahan dapat dikenalpasti dan diatasi seterusnya melaksanakan impian murni sekolah yang ingin melihat pelajarnya cemerlang dari segi ilmu pengetahuan serta ketinggian akhlak.

2.0     RASIONAL

2.1 Membina sikap yakin diri terhadap diri sendiri dan potensi diri atau 'budaya yakin diri' terhadap semua mata pelajaran. Sikap ini perlu dipupuk dan dibimbing sepanjang masa.
2.2 Penampilan diri pelajar dalam semua subjek supaya lebih setimpal. Mengikis sikap atau anggapan bahawa semua mata pelajaran itu terlalau sukar atau terlalu mudah.
2.3 Mewujudkan suatu iklim sekolah yang kondusif untuk perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2.4 Sentiasa mengamalkan konsep sekolah yang penyayang dan mewujudkan insan yang imaginatif, kreatif, inovatif, berinisiatif dan produktif.
2.5 Mewujudkan pelajar yang mempunyai daya juang yang kental dan berketrampilan dengan dorongan yang intrinsik dan ekstrinsik dari semua warga di Sek Men Keb Methodist (ACS) Melaka.
Sehubungan itu, pihak sekolah berusaha untuk menwujudkan anjakan paradigma untuk melahirkan budaya peningkatan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.0     ISU-ISU

3.1 Keputusan peperiksaan sering menunjukkan sekolah ini belum mencapai 100% lulus.
3.2 Pelajar tidak mempunyai minat yang tinggi dalam mata pelajaran tertentu yang mereka lemah. Ini boleh menjejaskan pencapaian.
3.3 Para pelajar kurang membuat bacaan tambahan dan hanya bergantung kepada Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas sahaja.
3.4 Kurang kemahiran menjawab soalan dengan menggunakan teknik yang tepat dan baik. Mereka banyak bergantung kepada buku rujukan sedia ada serta buku teks.
3.5 Para pelajar kurang bersedia semasa pengajaran kerana tidak didedahkan dengan sukatan mata pelajaran.
3.6 Sebahagian besar pelajar di sekolah ini belum menguasai Bahasa Melayu dengan baik.
3.7 Kebanyakan pelajar tidak memberi penekanan semasa di tingkatan satu dan dua.

4.0     OBJEKTIF

Melahir dan memupuk pelajar-pelajar Sek Men Keb Methodist (ACS) yang meminati dan berpengetahuan luas dalam semua mata pelajaran melalui:
4.1 Memiliki sifat-sifat keyakinan dan kesedaran yang tinggi terhadap keupayaan sendiri.
4.2 Memahami secara mendalam setiap mata pelajaran yang diajar untuk dikaitkan dengan kehidupan masa kini.
4.3 Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan pelajar dengan menganalisis, mensintesis dan menilai fakta-fakta penting secara rasional dan kritis.
4.4 Mempunyai ketahanan mental yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi.
4.5 Memperlengkapkan Bahan Bantu Mengajar untuk kegunaan P&P.
4.6 Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sesuatu subjek untuk membantu ke arah kecemerlangan pelajar dalam subjek-subjek tertentu.

5.0     SASARAN

Untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran, maka sasarannya ialah:
5.1 Pihak pentadbir dan ketua panitia
5.2 Guru-guru mata pelajaran
5.3 Ibu bapa para pelajar
5.4 Para pelajar tingkatan 1, 2 dan 3

6.0     PELAKSANAAN

TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

Januari

  1. Program Persediaan Pelajar Tingkatan 3 melalui kursus motivasi dan kemahiran belajar.
Unit Kaunseling
  1. Persediaan Perancangan Kurikulum Tahunan.
Ketua Bidang dan Ketua Panitia

Februari

  1. Ujian 1 dan analisa pencapaian.
Unit Peperiksaan
  1. Mengenalpasti pelajar yang gagal mencapai tahap yang ditetapkan.

  1. Mesyuarat AJK
AJK

Mac

  1. Kelas Pemulihan bagi mata pelajaran yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Guru mata pelajaran
  1. Kelas tambahan untuk guru menyelesaikan sukatan pelajaran jika perlu.
  1. Program Bimbingan Rakan Sebaya (mata pelajaran).
Penyelaras Ting. 3
Ketua Panitia
  1. Mesyuarat AJK.
AJK

April

  1. Ujian 2 dan analisis pencapaian.
Unit Peperiksaan
  1. Calon kelas bimbingan dan pemulihan disesuaikan dengan pencapaian ujian 2.
Guru mata pelajaran
Mei
  1. Peperiksaan Pertengahan dan analisis pencapaian.
Unit Peperiksaan
  1. Pelajar yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan dikenalpasti dan guru mata pelajaran mengambil tindakan.
Guru mata pelajaran
Jun
  1. Jadual kelas tambahan dan kelas pemulihan secara rasmi untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan pemulihan.
Pen. Kurikulum
  1. Menjemput ibu bapa untuk penjelasan sebenar dan untuk mendapat kerjasama daripada mereka.
PIBG
  1. Memastikan sukatan pelajaran telah habis diajar.
Guru mata pelajaran
Julai
  1. Peperiksaan Percubaan PMR Peringkat Negeri Melaka (selaras).
Unit Peperiksaan
  1. Pendedahan kepada teknik menjawab soalan PMR.
Unit Kaunseling
  1. Analisis pencapaian dan mengenal pasti pelajar yang lemah. Perhatian khusus diberikan.
Guru mata pelajaran / Ketua Panitia
Ogos
  1. Program ulangkaji dan latih tubi dijalankan untuk setiap mata pelajaran.
Guru mata pelajaran
  1. Klinik mata pelajaran untuk pelajar yang lemah dan diperlukan perhatian secara individu.
September
  1. Ulangkaji dan latih tubi bagi semua mata pelajaran dengan menggunakan soalan-soalan peperiksaan percubaan PMR dari zon-zon yang lain.

Guru mata pelajaran
  1. Solat Hajat untuk PMR.
Unit Agama
Oktober
  1. Peperiksaan sebenar (akhir Oktober)
 
  1. Mesyuarat AJK
AJK

7.0     CARTA GANTT

BIL. AKTIVITI J F M A M J J O S O
1. Program Persediaan Pelajar Tingkatan 3                    
2. Mengisi Borang Aku Janji Lulus PMR                    
3. Mesyuarat AJK                    
4. Ujian 1 dan Analisis Pencapaian                    
5. Mengenal Pasti Pelajar Yang Gagal                    
6. Proses Pemulihan, Bimbingan dan Kaunseling                    
7. Ujian 2 dan Analisis Pencapaian                    
8. Kelas Tambahan (Isnin - Khamis)                    
9. Peperiksaan Pertengahan Tahun & Analisis Pencapaian                    
10. Mesyuarat Agung PIBG                    
11. Kelas Tambahan / Bimbingan Rasmi                    
12. Bengkel / Ceramah Teknik Menjawab Soalan                    
13. Program Bimbingan Rakan Sebaya                    
14. Ulangkaji dan Latihan Intensif                    
15. Peperiksaan Percubaan Selaras Negeri Melaka                    
16. Program Ulangkaji dan Latih Tubi untuk semua mata pelajaran (menggunakan soalan PMR yang lalu dan soalan Percubaan Negeri lain)                    
17. Solat Hajat PMR                    
18. Peperiksaan sebenar PMR bermula                    

8.0     UNJURAN TAHUN 2002-2006

Pencapaian Keseluruhan (Lulus dalam semua Mata Pelajaran yang diambil)

TAHUN LULUS (%) GAGAL (%) JUMLAH (%)
2001 45.9 54.1 100
2002 59.7 40.3 100
2003 64.7 35.3 100
2004 69.7 30.3 100
2005 74.7 25.3 100
2006 76.7 23.3 100

9.0     PENUTUP

Bagi mencapai tahap kecemerlangan pelajar-pelajar dalam PMR, maka setiap program yang telah dijalankan sepanjang tahun perlu dikaji. Ini adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan kesesuaiannya. Seterusnya program ini akan digunakan semula atau perlu diperbaiki bagi masa-masa akan datang.

Ternyata bahawa untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi perlu ada komitmen yang padu dikalangan pihak pengurusan, guru, pelajar dan ibu bapa.

Dengan ini adalah diharapkan kejayaan cita-cita semua pihak, terutama pelajar dapat dicapai dengan memuaskan bersesuaian dengan falsafah sekolah.

'BERUSAHA MENCAPAI KECEMERLANGAN'

WB01540_.gif (892 bytes)