WB01542_2.gif (729 bytes) Depan
WB01541_1.gif (712 bytes) Sebelum
WB01539_.gif (682 bytes) AJK
Pendahu-
luan
Rasional
Isu-Isu
Objektif
Sasaran
Strategi
Pelaksa-
naan
Carta Gantt
Unjuran Tahun 2000-2004
Penutup
PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2002

1.0     PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Melaka merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Melaka. Setiap tahun terdapat 85 - 130 orang pelajar yang menduduki peperiksaan SPM. Bilangan guru yang mengajar Tingkatan Lima mencukupi dan terdiri daripada mereka yang berpengalaman.

2.0     RASIONAL

2.1 Semua pelajar bolah belajar jika diberi bimbingan dan galakkan yang sesuai.
2.2 Guru mencukupi dan terdiri daripada mereka yang berpengalaman..

3.0     ISU-ISU

3.1 Sek Men Keb Methodist belum pernah mencapai keputusan 100% lulus di peringkat SPM.
3.2 Sebilangan pelajar tidak menunjukkan kesungguhan dan minat untuk lulus dalam peperiksaan.
3.3 Pelajar yang bekerja (tetap / sambilan) selepas sekolah.
3.4 Pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran kecuali KH dalam PMR.
3.5 Aspirasi yang amat rendah / tiada.
3.6 Pelajar kurang membuat bacaan tambahan dan hanya bergantung kepada P & P di bilik darjah semata-mata.
3.7 Pelajar yang kurang kemahiran menjawab soalan peperiksaan dengan cara yang tepat dan betul.
3.8 Harapan yang tinggi daripada pihak kementerian, jabatan, ibu bapa dan masyarakat supaya semua pelajar lulus dalam SPM.

4.0     OBJEKTIF

4.1 Membentuk pelajar yang berketrampilan dalam bidang akademik.
4.2 Membina sikap yang positif dan komited terhadap pelajaran.
4.3 Mencapai keputusan 100% lulus dalam peperiksaan SPM.

5.0     SASARAN

Bagi mencapai keputusan SPM 100%, sasarannya ialah:
5.1 Pihak pentadbiran dan pengurusan kurikulum.
5.2 Guru-guru mata pelajaran.
5.3 Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5.

6.0     STRATEGI

6.1 Mengenal pasti semua mata pelajaran teras dan elektif yang sekurang-kurangnya mampu dicapai keputusan C6 oleh pelajar.
6.2 Mengenal pasti pelajar yang tiada berupaya lulus.
6.3 Mengadakan program meningkatkan motivasi dan kemahiran pelajar.
6.4 Mewujudkan kelas pemulihan dan klinik mata pelajaran.
6.5 Program Bimbingan Rakan Sebaya.
6.6 Pemantauan melalui jadual yang dirancang dan ujian berkala yang dijalankan.

 

7.0     PELAKSANAAN

TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

Januari

  1. Program Persediaan Pelajar Tingkatan 5 melalui kursus motivasi dan kemahiran belajar.
Unit Kaunseling
  1. Pelajar mengisi Borang Aku Janji Lulus.

Februari

  1. Ujian 1 dan analisis pencapaian.
Unit Peperiksaan
  1. Mengenal pasti pelajar yang gagal.

  1. Menjalankan proses bimbingan dan kaunseling.
Unit Kaunseling
  1. Mesyuarat AJK
AJK

Mac

  1. Aktiviti pemulihan bagi mata pelajaran yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Guru mata pelajaran

April

  1. Ujian 2 dan analisis pencapaian.
Unit Peperiksaan
  1. Calon kelas bimbingan dan pemulihan disesuaikan dengan pencapaian Ujian 2
Guru mata pelajaran
  1. Kelas tambahan pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari pukul 2.00 hingga 2.40 ptg.
  1. Mesyuarat AJK
AJK
Mei
  1. Peperiksaan Pertengahan Tahun dan analisis pencapaian.
Unit Peperiksaan
  1. Mengenal pasti pelajar gagal dan guru mata pelajaran utama yang gagal mencapai tahap lulus diberi perhatian.
Guru mata pelajaran
Jun
  1. Jadual kelas tambahan dan kelas pemulihan secara rasmi untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan pemulihan.
Pengurusan Kurikulum
  1. Memastikan Sukatan Pelajaran telah habis diajar.
Guru mata pelajaran
  1. Pendedahan kepada teknik menjawab soalan SPM.
Unit Kaunseling
  1. Mesyuarat AJK.
AJK
Julai
  1. Program ulang kaji / latih tubi untuk semua mata pelajaran.
Guru mata pelajaran
  1. Klinik mata pelajaran untuk pelajar yang lemah dan memerlukan perhatian individu.
  1. Program Bimbingan Rakan Sebaya (mata pelajaran)
Unit Kaunseling
Ogos
  1. Peperiksaan Percubaan SPM Peringkat Melaka (selaras)
Unit Peperiksaan
  1. Analisis pencapaian dan mengenal pasti pelajar yang lemah. Perhatian khusus diberikan.
Guru Mata Pelajaran dan Unit Kaunseling
  1. Mesyuarat Agung PIBG. Menjemput ibu bapa untuk penjelasan sebenar dan untuk mendapatkan kerjasama mereka.
PIBG
  1. Mesyuarat AJK.
AJK
September
  1. Ulangkaji dan latih tubi bagi semua mata pelajaran dengan menggunakan soalan-soalan SPM yang lalu dan Kertas Percubaan negeri lain.

Guru mata pelajaran
  1. Mesyuarat AJK
AJK
Oktober
  1. Solat Hajat untuk SPM
Unit Agama
  1. Peperiksaan SPM bermula (akhir Oktober)
 

8.0     CARTA GANTT

BIL. AKTIVITI J F M A M J J O S O
1. Program Persediaan Pelajar Tingkatan 5                    
2. Mengisi Borang Aku Janji Lulus SPM                    
3. Mesyuarat AJK                    
4. Ujian 1 dan Analisis Pencapaian                    
5. Mengenal Pasti Pelajar Yang Gagal                    
6. Proses Pemulihan, Bimbingan dan Kaunseling                    
7. Ujian 2 dan Analisis Pencapaian                    
8. Kelas Tambahan (Isnin - Khamis)                    
9. Peperiksaan Pertengahan Tahun & Analisis Pencapaian                    
10. Mesyuarat Agung PIBG                    
11. Kelas Tambahan / Bimbingan Rasmi                    
12. Bengkel / Ceramah Teknik Menjawab Soalan                    
13. Program Bimbingan Rakan Sebaya                    
14. Ulangkaji dan Latihan Intensif                    
15. Peperiksaan Percubaan Selaras Negeri Melaka                    
16. Program Ulangkaji dan Latih Tubi untuk semua mata pelajaran (menggunakan soalan SPM yang lalu dan soalan Percubaan Negeri lain)                    
17. Solat Hajat SPM                    
18. Peperiksaan sebenar SPM bermula                    

9.0     UNJURAN TAHUN 2002-2006

TAHUN SIJIL (%) GAGAL (%) JUMLAH (%)
2001 70.9 29.1 100
2002 90.0 10.0 100
2003 92.0 8.0 100
2004 94.0 6.0 100
2005 96.0 4.0 100
2006 98.0 2.0 100

10.0   PENUTUP

Bagi mencapai tahap kecemerlangan pelajar-pelajar dalam SPM, maka setiap program yang telah dijalankan sepanjang tahun perlu dikaji. Ini adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan kesesuaiannya. Seterusnya program ini akan digunakan semula atau perlu diperbaiki bagi masa-masa akan datang.

Ternyata bahawa untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi perlu ada komitmen yang padu dikalangan pihak pengurusan, guru, pelajar dan ibu bapa.

Dengan ini adalah diharapkan kejayaan cita-cita semua pihak, terutama pelajar dapat dicapai dengan memuaskan bersesuaian dengan falsafah sekolah.

'BERUSAHA MENCAPAI KECEMERLANGAN'

WB01540_.gif (892 bytes)