WB01542_2.gif (729 bytes) Depan
WB01541_1.gif (712 bytes) Sebelum
Pendahu-
luan
Objektif
Tarikh
Sasaran
Sumber Tenaga
Perbelan-
jaan
Aturcara Program
Carta Gantt
Penutup
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR
KECEMERLANGAN AKADEMIK 2000

1.0     PENDAHULUAN

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah amat penting dalam menentukan masa depan pelajar-pelajar. Setiap pelajar pastinya inginkan keputusan yang cemerlang. Pelbagai usaha dilakukan oleh para guru untuk memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Untuk melengkapkan usaha guru, Unit Bimbingan & Kaunseling merancang untuk diadakan satu program ke arah meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan.

2.0     OBJEKTIF

Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan agar:
2.1 Pelajar tahu cara dan strategi menjawab soalan peperiksaan.
2.2 Pelajar bertambah yakin untuk menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi.
2.3 Pelajar dapat menilai sejauh mana kesediaannya untuk menghadapi peperiksaan.
2.4 Pelajar dapat menambah kefahamannya terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

3.0     TARIKH

Program Motivasi Pelajar Kecemerlangan Akademik ini dijalankan sepanjang tahun di mana aktiviti tertentu akan diadakan dari semasa ke semasa.

4.0     SASARAN

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

5.0     SUMBER TENAGA

Guru Kaunseling, guru-guru mata pelajaran dan penceramah jemputan.

6.0     PERBELANJAAN

6.1 Ceneramata untuk penceramah : RM 10 x 16 = RM 160.00
6.2 Jamuan ringan : RM 100.00
6.3 Belanja diluar jangkaan : RM 40.00
Jumlah : RM 300.00

7.0     ATURCARA PROGRAM

7.1 Program Mentor Mentee
      Tarikh
Hari
Masa
: Bulan Mac hingga bulan November
: Dua minggu sekali
: Masa yang telah dipersetuji bersama antara mentor dan mentee
7.2 Ceramah Kemahiran Belajar
      Tarikh
Hari
Masa
: 25 Mac 2000
: Sabtu
: 8.00 pg hingga 1.00 tengahari
7.3 Kursus Motivasi
      Tarikh
Hari
Masa
: 29 Mei 2000
: Isnin
: 8.00 pg hingga 7.30 mlm
7.4 Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
7.4.1 PEPERIKSAAN PMR
Tarikh : 26 - 30 Jun 2000

Tarikh

Hari Matapelajaran
26-6-2000 Isnin Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
27-6-2000 Selasa Matematik
Bahasa Cina
28-6-2000 Rabu Sains
Kemahiran Hidup
29-6-2000 Khamis Geografi
30-6-2000 Jumaat Sejarah
7.4.2 PEPERIKSAAN SPM
Tarikh : 21 - 25 Ogos 2000

Tarikh

Hari Matapelajaran
21-8-2000 Isnin Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Seni
22-8-2000 Selasa Matematik
Sejarah
Prinsip Akaun
23-8-2000 Rabu Pendidikan Moral/Agama
Sains
Perdagangan
24-8-2000 Khamis Matematik Tambahan
Bahasa Cina
Geografi
25-8-2000 Jumaat Biologi
Kimia
Fizik
7.5 Ceramah Strategi Lulus Peperiksaan Dengan Cemerlang
      Tarikh
Hari
Masa
: 17 Julai 2000
: Isnin
: 12.00 tgh hingga 2.00 ptg
7.6 Sesi Kaunseling Individu dan Kelompok
      Tarikh : Sepanjang tahun

8.0     CARTA GANTT

BIL. AKTIVITI J F M A M J J O S O
1. Program Mentor Mentee                    
2. Ceramah Kemahiran Belajar                    
3. Kursus Motivasi                    
4. Teknik menjawab Soalan Peperiksaan
4.1 Pep. PMR
4.2 Pep. SPM
                   
5. Ceramah Strategi Lulus Peperiksaan Dengan Cemerlang                    
6. Sesi Kaunseling Individu Kelompok                    

9.0     PENUTUP

Bagi mencapai tahap kecemerlangan pelajar-pelajar dalam PMR, maka setiap program yang telah dijalankan sepanjang tahun perlu dikaji. Ini adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan kesesuaiannya. Seterusnya program ini akan digunakan semula atau perlu diperbaiki bagi masa-masa akan datang.

Dengan ini adalah diharapkan kejayaan cita-cita semua pihak, terutama pelajar dapat dicapai dengan memuaskan bersesuaian dengan falsafah sekolah.

'BERUSAHA MENCAPAI KECEMERLANGAN'

WB01540_.gif (892 bytes)