WB01542_2.gif (729 bytes) Depan
WB01541_1.gif (712 bytes) Sebelum

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

OBJEKTIF

  • Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian.

  • Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan kecerian, serta menghargai kemudahan yang disediakan.

  • Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

  • Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum.

  • Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

PIAWAIAN

  • BERSIH

    • Tiada Contengan

    • Tiada Goresan

    • Tiada Sampah

    • Tiada Sawang

    • Tidak Berhabuk Atau Berdebu

    • Tidak Berlumut

    • Tidak Berbau Yang Kurang Menyenangkan

    • Sentiasa Dinyahkuman Untuk Mengelakkan Bakteria

    • Dalam Warna Asal
        

  • BERFUNGSI

    • Dijaga Dan Disenggara Dengan Baik

    • Boleh Digunakan Dengan Sempurna Pada Bila-Bila Masa
        

  • SELAMAT

    • Tidak Berbahaya

    • Tidak Menjadi Tempat Pembiakan Serangga Atau Haiwan Perosak

WB01540_.gif (892 bytes)