WB01542_2.gif (729 bytes) Depan
WB01541_1.gif (712 bytes) Sebelum
WB01539_.gif (682 bytes) Kebersih-
an
Kesihatan
Keceriaan
Kesela-
matan
LAPORAN KESIHATAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN

1.0     LAPORAN KESIHATAN

1.1 Program Bebas Denggi
1.1.1 Program sifa denggi telah dijalankan setiap bulan. Laporan pemeriksaan kawasan pembiakan nyamuk denggi dan serangga di hantar ke Unit HEM JPM.
1.2 Program Pemeriksaan Gigi
1.2.1 Klinik Pergigian sekolah telah menjalankan pemeriksaan gigi pelajar-pelajar SMK Methodist (ACS) setiap bulan.
1.3 Program Pemeriksaan Mata Dan Penyakit Berjangkit
1.3.1 Pelawat-pelawat dari Unit Perubatan Bahagian Pendidikan telah menjalankan pemeriksaan kesihatan dari masa ke semasa untuk kenalpasti pelajar rabun mata dan memberi suntikan bagi penyakit berjangkit.
1.4 Pameran Kesihatan
.1.4.1 Butiran dan maklumat kesihatan dipamerkan disudut kesihatan dan papan kenyataan sekolah
1.4.2 Unit Perubatan Melaka Tengah telah mengadakan pameran dari masa ke semasa bagi memberi maklumat terkini tentang penyakit kepada pelajar.
1.5 Program Prostar
1.5.1 Program anti-dadah di bawah penasihat Puan Patricia Wan dijalankan setiap minggu.
1.5.2 Program Prostar dijalankan oleh Pn. Lim Peck Choo - kaunselor sepenuh masa sekolah.

2.0     KECERIAAN

2.1 Tempat letak basikal dan motorsikal yang baru telah disediakan untuk keselesaan pelajar.
2.2 Tempat pelupusan sampah yang baru telah disediakan oleh Southern Waste yang telah membekalkan dua tong sampah baru di sekolah.
2.3 Projek Bunga Teratai telah diusahakan di kolam ikan sekolah. Bunga teratai telah pun mula berbunga.
2.4 Gotong royong dan Kecerian Bulan Patriotisme telah dijalankan sepanjang bulan September dan Oktober. Banting dan bendera dipasang di kawasan sekolah. Bilik Darjah diceriakan mengikut tema patriotisme.
2.5 Projek Tanam Semula pokok renek dan bunga telah dijalankan pada bulan September. Pertandingan Kelas Terbersih dijalankan setiap minggu.

3.0     KESELAMATAN

3.1 Pagar kawasan sekolah telah dibaiki. Semua kebocoran pagar telah dibaikpulih.
3.2 Gate sliding telah dipasang di depan sekolah bagi mengawal laluan penghuni sekolah dan pelawat.
3.3 Sekolah telah dibekalkan seorang guard sekuriti yang bertugas dari jam 2.00 petang hingga 7.30 pagi dan hari cuti persekolahan.

WB01540_.gif (892 bytes)